company-registration

  • Bolehkan syer yang dipegang dipindah kepada penama baru?
    Ya boleh atas persetujuan Lembaga Pengarah Syarikat yang ada didalam syarikat pada waktu pemindahan hendak dilakukan.

  • Bolehkah syer dinaikkan?
    Ya boleh jika mendapat persetujuan ahli syarikat dan setelah bukti pembayaran syer dimasukkan ke dalam akaun bank syarikat.

  • Apakah pakej yang ditawarkan ini lengkap?
    Ya pakej pendaftaran syarikat baru adalah lengkap tanpa ada bayaran tersembunyi.
    1 permohonan carian nama syarikat secara percuma.
    Resolusi Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Pertama (Wajib).
    1. 5 Salinan Dokumen yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat
    2. 5 Salinan Sek 14 – Permohonan Pendaftaran Syarikat
    3. 5 Salinan Sek 15 – Notis Perbadanan Syarikat
    4. 5 Salinan Sek 17 – Sijil Perbadanan Syarikat
    5. 5 Salinan Sek 58 & 236(2) – Pemberitahuan Perlantikan Setiausaha Syarikat pertama
    6. 5 Salinan Borang 32A – Borang Pindahmilik Saham Syarikat
    7. 1 Cop Getah Syarikat
    8. Surat Tanggung Rugi ; dan
    9. Sijil Saham Syarikat dengan Nama syarikat dan nombor pendaftaran dicetak dengan sewajarnya.

  • Bilakah yuran Setiausaha Syarikat perlu dibayar?
    Pihak kami akan mengenakan yuran setiausaha syarikat selama setahun berjumlah RM 720.00 dan ianya perlu dibayar ketika syarikat ingin didaftarkan dan pada tahun seterusnya perlu dibayar pada setiap awal tahun selagi syarikat beroperasi. Yuran juga akan dinaikkan dari masa kesemasa jika difikirkan perlu bagi menampung kos Firma Setiausaha Syarikat.

  • Berapakah jumlah yuran yang dikenakan?
    RM 60.00 untuk sebulan dan RM 720.00 untuk setahun

  • Boleh saya mendaftar syarikat sedangkan saya berada di negeri lain?
    Ya anda masih boleh mendaftar syarikat anda meskipun anda berada di diluar negara.

  • Bolehkah saya menjalankan perniagaan sedangkan syarikat saya didaftarkan di Negeri Selangor?
    Ya anda boleh menjalankan perniagaan didalam mana-mana negeri yang anda fikirkan perlu walaupun pada dasarnya syarikat anda didaftarkan ditempat lain.

  • Bolehkan nama syarikat saya ditukar dan berapa bayaran perkhidmatan yang dikenakan?
    Ya anda boleh membuat pertukaran nama syarikat selepas mendaftar syarikat baru atau selepas membeli syarikat tersedia dari kami dengan bayaran RM500.00.
    Berikut adalah petikan dari Seksyen 28 Akta Syarikat 2016 yang menerangkan berkaitan pertukaran nama syarikat.
    Seksyen 28 – PETUKARAN NAMA SYARIKAT.
    (1) Suatu syarikat boleh membuat ketetapan bahawa namanya ditukar melalui ketetapan khas.
    (2) Syarikat hendaklah memberitahu Pendaftar tentang pertukaran namanya dalam masa tiga puluh hari dari tarikh ketetapan khas itu diluluskan.
    (3) Jika Pendaftar syarikat berpuas hati bahawa nama baharu itu mematuhi peruntukan Akta Syarikat 2016 ini dan setelah fi yang ditetapkan dibayar, Pendaftar hendaklah-
    (a) Mencatatkan nama baharu syarikat itu dalam daftar bagi menggantikan namanya yang terdahulu; dan
    (b) Mengeluarkan suatu notis pendaftaran bagi nama baharu itu.
    (4) Pertukaran nama suatu syarikat hendaklah berkuat kuasa dari tarikh notis pendaftaran bagi nama baharu itu dikeluarkan.
    (5) Pertukaran nama sesuatu syarikat tidaklah-
    (a) Menjejaskan hak atau obligasi syarikat itu; dan
    (b) Mencacatkan apa-apa prosiding undang-undang oleh atau terhadap syarikat itu.
    (6) Apa-apa prosiding yang boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap suatu syarikat atas namanya yang dahulu boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadapnya, atas namanya yang baharu.
    (7) Jika penggulungan suatu syarikat bermula dalam masa satu tahun selepas syarikat itu menukarkan namanya, namanya yang dahulu dan nama sedia ada syarikat itu hendaklah terdapat pada semua notis dan iklan berhubung dengan penggulungan itu.
    (8) Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar kehendak di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apa bila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

  • Apakah harus syarikat lakukan selepas nama syarikat ditukar nama?
    Selepas nama syarikat ditukarkan dengan sempurna oleh SSM, Pihak syarikat perlu meletakkan nama barunya dan nama lamanya dengan perkataan dikenali sebelum ini untuk tempoh setahun dari tarikh nama baru diluluskan.
    Seksyen 30 (4) Akta Syarikat 2016
    (4) Bagi maksud subseksyen (2), jika suatu syarikat menukarkan namanya dibawah seksyen 28 atau 29, nama syarikat itu yang dahulu hendaklah terdapat dibawah nama berdaftarnya sekarang bagi tempoh tidak kurang daripada dua belas bulan dari tarikh penukaran itu.
    Contoh;-
    Bayu Selasih Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai) Teraju Berjaya Sdn Bhd.
    Pengarah perlu memaklumkan pada Pihak Bank dan semua Agensi yang berkaitan dengan syarikat serta para pelanggan tentang status terkini dimana nama syarikat telah ditukar dan membuat semua dokumentasi syarikat seperti kepala surat, buku resit, inbois dan lai-lain yang berkaitan.

  • Dimanakan nama syarikat perlu dipamerkan?
    Selepas syarikat didaftarkan dengan sempurna atau nama syarikat telah bertukar, Pihak syarikat perlu meletakkan nama syarikat barunya atau jika nama syarikat telah bertukar maka nama baru dan lamanya perlu dipamirkan dengan meletakkan perkataan (dahulu dikenali sebagai) untuk tempoh setahun dari tarikh nama baru itu diluluskan.
    Setiap pengarah dan pegawai syarikat hendaklah mengambil berat untuk mematuhi Akta Syarikat 2016 berkaitan mempamerkan nama syarikat dan memiliki alamat pejabat berdaftarnya di Malaysia.Sila baca maklumat yang diberi dibawah.
    Berikut adalah petikan dari Seksyen 30 Akta Syarikat 2016 yang menerangkan perkara yang perlu dilakukan selepas pertukaran nama syarikat dilakukan.
    Sesuatu syarikat hendaklah mempamerkan nama berdaftarnya dan nombor pendaftaran syarikat di-
    (a) pejabat berdaftarnya;
    (b) tiap-tiap tempat di mana perniagaannya dijalankan; dan
    (c) tiap-tiap tempat di mana bukunya disimpan
    (2) Sesuatu syarikat hendaklah menzahirkan nama berdaftarnya dan nombor pendaftaran syarikat pada-
    (a) surat perniagaannya, notis dan penerbitan rasmi yang lain, termasuklah dalam bentuk elektronik;
    (b) laman sesawangnya;
    (c) bil pertukaran, nota janji hutang, endorsmen dan borang pesanannya;
    (d) cek yang berupa ditandatangani oleh atau bagi pihak syarikat;
    (e) inbois pesanan dan tuntutan lain bagi pembyaran, resit dan surat kredit yang berupa dikeluarkan atau ditandatangani oleh atau bagi pihak syarikat; dan
    (f) semua bentuk lain surat-menyurat dan dokumentasi perniagaannya.
    (3) Pendaftar hendaklah menentukan cara sesuatu nama berdaftar dipamerkan atau dizahirkan oleh sesuatu syarikat.
    (4) Bagi maksud subseksyen (2), jika suatu syarikat menukarkan namanya dibawah seksyen 28 atau 29, nama syarikat itu yang dahulu hendaklah terdapat dibawah nama berdaftarnya sekarang bagi tempoh tidak kurang daripada dua belas bulan dari tarikh pemnukaran itu.
    (5) Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.
  • Adakah Firma anda menawarkan sekali perkhidmatan pejabat berdaftar selepas syarikat didaftarkan?

    Ya, Apabila syarikat anda didaftarkan dibawah Firma Setiausaha Syarikat kami secara otomatik Firma kami akan bertindak sebagai pejabat berdaftar syarikat anda.

  • Bagaimana saya nak melantik setiausaha syarikat anda jika saya bercadang untuk mendaftar sendiri syarikat saya di SSM?

    Anda boleh melantik setiausaha syarikat kami dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh syarikat anda didaftarkan di SSM dengan memberi kami dokumen syarikat anda kepada kami untuk tindakan kami menyerah simpan dokumen perlantikan setiausaha syarikat kami.

  • Bagaimana saya nak meletakkan jawatan setiausaha syarikat saya dan melantik setiausaha syarikat anda?
    Lembaga pengarah perlu memberi surat perletakkan jawatan kepada setiausaha syarikat sedia ada dan setiausaha syarikat anda perlu mengeluarkan surat perletakkan jawatannya dan memberi kepada anda sebagai bukti bahawa beliau bersetuju untuk meletakkan jawatan beliau. Pastikan setiausaha syarikat anda mengemaskini dokumen syarikat dan menyerahkan fail serta buku berkanun syarikat kepada anda untuk anda serahkan kepada setiausaha syarikat kami.
    Serah simpan dokumen berkaitan perlantikan jawatan dan perletakkan jawatan setiausaha syarikat boleh dilakukan sama ada oleh setiausaha syarikat lama anda atau setiausaha syarikat baru dan bayaran serah simpan dokumen berkaitan perlu dibuat oleh pihak syarikat.
  • Adakah yuran setiausaha syarikat akan dikembalikan jika saya menamatkan perkhidmatan setiausaha syarikat anda tidak sampai satu tahun dari tarikh syarikat saya didaftarkan?
    Yuran setiausaha syarikat tidak akan dikembalikan.
  • Berapa lamakah syarikat boleh meneruskan urusniaga jika setiausaha syarikat meletakan jawatan atau pengarah meletakan jawatan beliau?
    Syarikat boleh meneruskan urusniaga tanpa setiausaha syarikat untuk tempoh tidak melebihi tiga puluh hari.

  • Dalam tempoh berapa lamakah pengarah syarikat perlu melantik setiausaha syarikat selepas setiausaha syarikat lamanya meletak jawatan?
    Pengarah perlu mencari dan melantik setiausaha syarikat baru untuk mengantikan setiausaha syarikat lamanya dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh surat peletakan jawatan setiausaha syarikat dikeluarkan.
    Dalam seksyen 240 Akta Syarikat menyatakan bahawa:-
    Jawatan setiausaha syarikat tidak boleh dibiarkan kosong selama tempoh yang lebih daripada tiga puluh hari pada satu-satu masa.

 

top