Firma Pendaftaran & Pengurusan Syarikat

FIRMA PENDAFTARAN SYARIKAT DAN SETIAUSAHA SYARIKAT ANDA DI MALAYSIA

Firma Pendaftaran Syarikat kami berperanan sebagai pintu gerbang untuk membantu anda merealisasikan impian untuk menceburi bidang perniagaan sama ada didalam Industri perkhidmatan atau Industri penjualan. Fungsi utama kami ialah mendaftarkan syarikat anda secara sah bagi membolehkan impian anda terlaksana mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Pendaftar Syarikat.
Bagi mereka yang berminat untuk mendaftar syarikat mengikut Akta Syarikat 2016 bolehlah membuat permohonan pendaftaran syarikat secara peribadi di Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau melalui Firma Setiausaha Syarikat kami dengan melantik Setiausaha Syarikat kami bagi menyediakan kertas kerja untuk tujuan permohonan dan pendaftaran syarikat anda di SSM. Sila datang ke Pejabat kami untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut tentang prosedur dan keperluan untuk pendaftaran syarikat anda.
Peluang perniagaan terbuka luas untuk mereka-mereka yang ingin menjadikan perniagaan sebagai karier utama bagi menjana sumber pendapatan anda. Pastikan anda memiliki entiti perniagaan yang sah sebelum anda memacu perniagaan anda dengan mengikut landasan yang betul agar ianya tidak berlawanan dengan prinsip sebenar perundangan negara.

 

MENGENAI SETIAUSAHA SYARIKAT DI MALAYSIA

Laman web ini telah diwujudkan khusus untuk menawarkan perkhidmatan kesetiausahaan syarikat kepada mana-mana individu atau bakal usahawan sama ada dikalangan warganegara Malaysia atau warganegara Asing yang ingin menubuhkan syarikat di Malaysia serta berdaftar dibawah Suruhanjaya Syarikat MALAYSIA (SSM). Anda boleh melantik setiausaha syarikat kami untuk membantu anda menyempurnakan pendaftaran syarikat anda secara sah disisi undang-undang seperti yang termaktub didalam Akta Syarikat 2016. Anda juga boleh mendapat asas bimbingan dan khidmat nasihat serta konsultansi dari Setiausaha Syarikat kami tentang selok belok perniagaan.
Secara amnya setiausaha syarikat merupakan individu yang amat penting bagi sesebuah syarikat dan ianya merupakan tulang belakang sesebuah syarikat dan berpengalaman semenjak dari tahun 1999 sehingga kini. Setiausaha Syarikat adalah Individu yang menjadi penyebab untuk mewujudkan syarikat anda dengan sah disisi undang-undang dan khidmatnya perlu dibayar dari masa kesemasa bagi memastikan syarikat anda dikemaskini dari masa kesemasa. Perlu diingatkan bahawa anda perlu melantik sekurang-kurangnya seorang setiausaha syarikat dalam masa 30 hari selepas sahaja syarikat anda diperbadankan sepenuhnya dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Setiausaha syarikat bertanggungjawap untuk menyediakan dokumen berkanun serta mengurus tadbir kerja-kerja kesetiausahaan syarikat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan seperti yang termaktub didalam Akta Syarikat 2016. Disamping itu setiausaha syarikat juga bertindak untuk menyerah simpan dokumen-dokumen berkanun dari masa kesemasa di Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk memenuhi kehendak perundangan syarikat bagi memastikan urusan perniagaan anda diiktiraf oleh Pihak Kerajaan dan juga Pihak Swasta.
Anda juga boleh mendapatkan khidmat bantuan dari kami untuk memasukkan data serta menguruskan sistem transaksi perakaunan, audit termasuk juga percukaian syarikat serta individu. Disamping itu juga kami menawarkan perkhidmatan untuk membantu syarikat anda membuat permohonan bagi mendapatkan lesen daripada Kementerian Kewangan. Banyak faktor yang terlibat dan perlu diambil tahu oleh anda bagi memastikan urusniaga serta kepentingan perniagaan anda terjamin dan selamat serta berjalan dengan lancar.
Anda dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat serta kepakaran daripada konsultan kami sebelum memulakan perniagaan anda dengan kos RM500.00 dan anda akan didedahkan tentang asas serta selok belok perniagaan mengikut perundangan syarikat. Urusan pendaftaran syarikat boleh dilakukan melalui Firma kami meskipun dimana sahaja anda berada.
Bangunkan impian perniagaan anda melalui laman web www.daftarsyarikat.com.my sekarang serta jadikan Firma Setiausaha Syarikat kami sebagai pintu gerbang pendaftaran syarikat serta perniagaan anda di Malaysia.

Pendaftaran Syarikat Anda Bermula Disini

Pendaftaran syarikat amat penting sebelum anda memulakan perniagaan untuk melindungi hak anda di sisi undang-undang. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Cara ke lokasi kami:
  • Pandu ke arah Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor  melalui lebuhraya PLUS and keluar melalui tol sungai Buloh atau melalui jalan MRR2 ke arah Sungai Buloh.
  • Menaiki komuter KTM dan berhenti di stesen Sg. Buloh dan dapatkan perkhidmatan teksi, Grab atau Uber ke Firma Setiausaha Syarikat kami.
  • Peta Lokasi Pejabat Pendaftaran Syarikat : 3.211117 , 101.560505
Menggunakan kereta
  • 26 minit – Lebuhraya Utara Selatan – Tol Sg Buloh – 24.9 km
  • 32 minit – Jalan Kuching – MRR2 – 26.1 km
  • 32 minit – Jalan Kuala Selangor – 23.6 km
Alamat Perniagaan

DM Corporate Holding (M) Sdn. Bhd. (1103339-U)

No. 20-A Jalan BRP 1/2, Bukit Rahman Putra,
47000, Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan

Tel  : +603-2770 2500 | +603-6148 8262 | +603-6731 1393

Fax : +603-2770 2527

Website    : www.registercompany.com.my | www.daftarsyarikat.com.my
Email        : dmcorporatesb@gmail.com | sales@registercompany.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/pendaftaransyarikat

 

Unit Perkhidmatan Pendaftaran Syarikat
  • Saedah Binti Saidin – Pengarah Urusan – +6019-326 0345
Unit Perkhidmatan Perakaunan & Percukaian Perniagaan
  • Nurrul Syuhada Binti Mohd Daud – +6012-313 7330
Unit Setiausaha Syarikat
  • Mohd Daud Bin Abdul Raman – Setiausaha Syarikat – +6019-369 8122
Waktu Operasi Perniagaan
  • 10.00 pg – 5.00 ptg (Isnin – Khamis)
  • 10.00 pg – 12.45 tgh / 02.45 ptg – 05.00 ptg (Jumaat)
  • Sabtu & Ahad (Tutup) – Mesyuarat dan temujanji boleh diadakan atas permintaan anda dan bayaran akan dikenakan.
Maklumat & Cara pembayaran
  • Bank : Public Bank Berhad
  • Nama : DM Corporate Holding (M) Sdn Bhd
  • Nombor Akaun : 3811766201
  • SWIFT Code : PBBEMYKL

 

 

top